Bila sebut sahaja kerja sebagai Jurutera (Engineer) pastinya ada terkejut sampai nak terkeluar biji mata. Pasai pa ??? Saya tahu saya nampak agak kecil untuk jawatan besar sebagai Jurutera ini. Hurmmm..
Bidang kejuruteraan ini sememangnya dipelopori oleh lelaki, tapi tak bermakna dimonopoli oleh mereka. Terdapat juga wanita yang menceburi bidang ini tapi tak ramai. Itu cerita dahulu kala. Sekarang dah berlambak Jurutera perempuan. (over tau kata berlambak)
Sebenarnya banyak cabaran terpaksa dihadapi oleh seorang Jurutera . Besar jawatan yang dipegang besar juga tanggungjawabnya. Mau ketaq lutut! Rasa bukan setakat lutut sahaja ketaq tapi seluruh badan. Huu
Saya masih baru dalam bidang kejuruteraan ini tapi sudah bermacam-macam cabaran terpaksa ditempuhi. Saya ibarat budak kecil baru belajar berjalan dan selalu sahaja terjatuh-jatuh. Semua itu takkan melemahkan semangat saya untuk terus menceburi bidang kejuruteraan ini. Insya'Allah....
Antara cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh seorang Jurutera :
1. Cabaran Komunikasi
Seorang Jurutera harus pandai berkomunikasi. Disebabkan bidang kejuruteraan ini didominasi oleh kaum lelaki, saya sebagai Jurutera perempuan tidak boleh malu-malu kucing atau cover cover ayu depan lelaki. Draftperson, Arkitek, Project Manager kebanyakannya lelaki. Pekerja buruh di tapak pembinaan pun semua lelaki. Seorang Jurutera perlu banyak berkomunikasi dengan mereka untuk kerja yang lebih lancar. Bagaimana mereka nak lakukan kerja jika Jurutera cakap pun macam ada emas dalam mulut ?
2. Cabaran Mental
Bekerja dalam tekanan adalah sangat sinonim dengan Jurutera. Mata pun merah gara-gara terlalu fokus pada komputer. Bukan mata sahaja, kepala pun turut merasai tekanannya. Kesan kesakitan seperti ini biasa dilalui oleh Jurutera baru. Lama-kelamaan pasti akan lebih bijak mengendali tekanan tersebut.
3. Cabaran Fizikal
Jurutera dan kegelapan wajah memang tak dapat dipisahkan. Bukan sahaja mental harus kuat jika mahu bekerja sebagai jurutera, fizikal juga. Lebih-lebih lagi bila bekerja di tapak pembinaan sebagai Jurutera Tapak (Site Engineer). Kadangkala hari cuti pun perlu bekerja.
4. Cabaran Personaliti
Keyakinan perlu ada dalam diri seorang Jurutera, dan kenyakinan itu harus diserlahkan ke wajah. Jurutera harus membuat keputusan yang melibatkan nyawa orang ramai. Jika diri sendiri tak dapat serlahkan kenyakinan itu bagaimana orang lain mahu nyakin dengan keputusan Jurutera ?
5. Cabaran Sosial
Jurutera perlu bijak bersosial. Bersosial tanpa melanggar batas-batas agama. Ingat itu ! Apabila melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan ini terutamanya bidang pembinaan, kita akan terdedah kepada pelbagai jenis dan ragam manusia. Bukan semua beragama Islam. Boleh dikatakan hampir kesemua buruh binaan bukan Islam. Ditambah pulak dengan pemaju, kontraktor yang lebih dimonopoli oleh cina. Walaupun kita bekerja dengan mereka, tak bermakna kita harus ikut cara mereka.
6. Cabaran Masa
Seorang Jurutera harus banyak korban waktunya sendiri. Jurutera bekerja tanpa mengira waktu. Dah macam doktor je hah. Huu. Memang itu realitinya terpaksa diterima. Terpaksa berhempas pulas siang dan malam menyiapkan rekabentuk struktur bagi sesebuah bangunan. Ada juga yang terpaksa bergegas ke tapak pembinaan apabila menerima panggilan memberitahu ada masalah di tapak pembinaan.
Cabaran-cabaran yang saya senaraikan ini bukanlah untuk menakutkan bakal-bakal Jurutera, tapi hanya ingin mendedahkan kepada situasi sebenar supaya nanti tiada yang akan sakit jantung.
Cabaran-cabaran yang saya senaraikan ini bukanlah untuk menakutkan bakal-bakal Jurutera, tapi hanya ingin mendedahkan kepada situasi sebenar supaya nanti tiada yang akan sakit jantung.
this is good information to be an engineer :D
ReplyDelete