Laman Rasmi DKM1A Sesi Jun 2013

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Blog rasmi Pelajar Politeknik Ungku Omar, Politeknik Premier. DKM1A 2013.

Monday, 23 September 2013

Kem PoliBriged

Bila cakap pasal kem PoliBriged ni, mestilah perkataan macam bosan, buang masa, penat, mengarut yang terlintas di fikiran.Kem PoliBriged kami bertempat di Kg Ulu Chepor, Chemor. Tidak dapat dinafikan kem ni memang memenatkan. 

7 Jun 2013, jabatan kami iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah dijadualkan untuk berkhemah di Ulu Chepor bersama Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE). Kem ini telah berlangsung selama dua hari satu malam. 

Tepat jam 2 petang pada hari Sabtu tersebut, kami telah dikumpulkan di padang Kampus B dibawah bahang matahari yang membakar lapisan epidermis kami. Sebelum naik bas lagi kami telah diseksa dengan deraan seperti pumping. Kira kira dalam jam 2.30 kami diarahkan untuk menaiki bas untuk ke tapak perkhemahan, perasaan lega mula dirasai. Walaubagaimanapun, mimpi ngeri kami belum berakhir lagi... kami telah diarahkan untuk menaiki bas yang paling antik diantara tiga bas yang disediakan. "Panas bakhang"  bak kata taiko DKM1A, Syahrin. 

Perjalanan ke Ulu Chepor mengambil masa kira kira 34 minit dan 16 saat. Sesampai sahaja kami di tapak perkhemahan di Kg Ulu Chepor, bermulalah mimpi ngeri yang sebenar. Kami telah diuji dengan pelbagai aktiviti fizikal seperti Physical Training (PT). Untuk makluman, ada juga pelajar yang pengsan ketika melakukan aktiviti ini. Disebelah malam pula kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan aktiviti mengikut fasilitator masing masing. Lambat jugak lah kami tidur malam ni, dalam pukul 3 jugak. 

8 Jun 2013, tibalah tarikh yang bakal mengakhiri segala mimpi ngeri ini. Diarahkan untuk bangun seawal jam 6 tetapi jam 7 lebih jugak yang bangkit. Pagi tu memang liat semua nak bangun, maklumlah kena dera semalaman. Kena dera tu kami boleh terima, tapi tak mandi tu yang tak tahan. Orang kelantan cakap "Masam purikk" . Pukul 10 kami telah diarahkan untuk menurunkan khemah dah membersihkan tapak perkhemahan. Tepat jam 11 kami telah dikumpulkan sebelum dibawa balik ke poli. Dibawah ini ada sedikit sebanyak gambar sepanjang kami di Kem Kg Ulu Chepor.








                                            
                                                    DKM 1A TERBAIK !

No comments:

Post a Comment