Laman Rasmi DKM1A Sesi Jun 2013

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Blog rasmi Pelajar Politeknik Ungku Omar, Politeknik Premier. DKM1A 2013.

Monday, 23 September 2013

Engineer? Gapo tu?

Bila sebut sahaja kerja sebagai Jurutera (Engineer) pastinya ada terkejut sampai nak terkeluar biji mata. Pasai pa ??? Saya tahu saya nampak agak kecil untuk jawatan besar sebagai Jurutera ini. Hurmmm..
Bidang kejuruteraan ini sememangnya dipelopori oleh lelaki, tapi tak bermakna dimonopoli oleh mereka. Terdapat juga wanita yang menceburi bidang ini tapi tak ramai. Itu cerita dahulu kala. Sekarang dah berlambak Jurutera perempuan.  (over tau kata berlambak)
Sebenarnya banyak cabaran terpaksa dihadapi oleh seorang Jurutera . Besar jawatan yang dipegang besar juga tanggungjawabnya. Mau ketaq lutut! Rasa bukan setakat lutut sahaja ketaq tapi seluruh badan. Huu

Saya masih baru dalam bidang kejuruteraan ini tapi sudah bermacam-macam cabaran terpaksa ditempuhi. Saya ibarat budak kecil baru belajar berjalan dan selalu sahaja terjatuh-jatuh. Semua itu takkan melemahkan semangat saya untuk terus menceburi bidang kejuruteraan ini. Insya'Allah....
Antara cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh seorang Jurutera :

1.     Cabaran Komunikasi
Seorang Jurutera harus pandai berkomunikasi. Disebabkan bidang kejuruteraan ini didominasi oleh kaum lelaki, saya sebagai Jurutera perempuan tidak boleh malu-malu kucing atau cover cover ayu depan lelaki. Draftperson, Arkitek, Project Manager kebanyakannya lelaki. Pekerja buruh di tapak pembinaan pun semua lelaki. Seorang Jurutera perlu banyak berkomunikasi dengan mereka untuk kerja yang lebih lancar. Bagaimana mereka nak lakukan kerja jika Jurutera cakap pun macam ada emas dalam mulut ?
2.     Cabaran Mental
Bekerja dalam tekanan adalah sangat sinonim dengan Jurutera. Mata pun merah gara-gara terlalu fokus pada komputer. Bukan mata sahaja, kepala pun turut merasai tekanannya. Kesan kesakitan seperti ini biasa dilalui oleh Jurutera baru. Lama-kelamaan pasti akan lebih bijak mengendali tekanan tersebut.
3.     Cabaran Fizikal
Jurutera dan kegelapan wajah memang tak dapat dipisahkan. Bukan sahaja mental harus kuat jika mahu bekerja sebagai jurutera, fizikal juga. Lebih-lebih lagi bila bekerja di tapak pembinaan sebagai Jurutera Tapak (Site Engineer). Kadangkala hari cuti pun perlu bekerja.

4.      Cabaran Personaliti
Keyakinan perlu ada dalam diri seorang Jurutera, dan kenyakinan itu harus diserlahkan ke wajah. Jurutera harus membuat keputusan yang melibatkan nyawa orang ramai. Jika diri sendiri tak dapat serlahkan kenyakinan itu bagaimana orang lain mahu nyakin dengan keputusan Jurutera ?

5.     Cabaran Sosial
Jurutera perlu bijak bersosial. Bersosial tanpa melanggar batas-batas agama. Ingat itu ! Apabila melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan ini terutamanya bidang pembinaan, kita akan terdedah kepada pelbagai jenis dan ragam manusia. Bukan semua beragama Islam. Boleh dikatakan hampir kesemua buruh binaan bukan Islam. Ditambah pulak dengan pemaju, kontraktor yang lebih dimonopoli oleh cina. Walaupun kita bekerja dengan mereka, tak bermakna kita harus ikut cara mereka.
6.      Cabaran Masa
Seorang Jurutera harus banyak korban waktunya sendiri. Jurutera bekerja tanpa mengira waktu. Dah macam doktor je hah. Huu. Memang itu realitinya terpaksa diterima. Terpaksa berhempas pulas siang dan malam menyiapkan rekabentuk struktur bagi sesebuah bangunan. Ada juga yang terpaksa bergegas ke tapak pembinaan apabila menerima panggilan memberitahu ada masalah di tapak pembinaan.

Cabaran-cabaran yang saya senaraikan ini bukanlah untuk menakutkan bakal-bakal Jurutera, tapi hanya ingin mendedahkan kepada situasi sebenar supaya nanti tiada yang akan sakit jantung.


Kem PoliBriged

Bila cakap pasal kem PoliBriged ni, mestilah perkataan macam bosan, buang masa, penat, mengarut yang terlintas di fikiran.Kem PoliBriged kami bertempat di Kg Ulu Chepor, Chemor. Tidak dapat dinafikan kem ni memang memenatkan. 

7 Jun 2013, jabatan kami iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah dijadualkan untuk berkhemah di Ulu Chepor bersama Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE). Kem ini telah berlangsung selama dua hari satu malam. 

Tepat jam 2 petang pada hari Sabtu tersebut, kami telah dikumpulkan di padang Kampus B dibawah bahang matahari yang membakar lapisan epidermis kami. Sebelum naik bas lagi kami telah diseksa dengan deraan seperti pumping. Kira kira dalam jam 2.30 kami diarahkan untuk menaiki bas untuk ke tapak perkhemahan, perasaan lega mula dirasai. Walaubagaimanapun, mimpi ngeri kami belum berakhir lagi... kami telah diarahkan untuk menaiki bas yang paling antik diantara tiga bas yang disediakan. "Panas bakhang"  bak kata taiko DKM1A, Syahrin. 

Perjalanan ke Ulu Chepor mengambil masa kira kira 34 minit dan 16 saat. Sesampai sahaja kami di tapak perkhemahan di Kg Ulu Chepor, bermulalah mimpi ngeri yang sebenar. Kami telah diuji dengan pelbagai aktiviti fizikal seperti Physical Training (PT). Untuk makluman, ada juga pelajar yang pengsan ketika melakukan aktiviti ini. Disebelah malam pula kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan aktiviti mengikut fasilitator masing masing. Lambat jugak lah kami tidur malam ni, dalam pukul 3 jugak. 

8 Jun 2013, tibalah tarikh yang bakal mengakhiri segala mimpi ngeri ini. Diarahkan untuk bangun seawal jam 6 tetapi jam 7 lebih jugak yang bangkit. Pagi tu memang liat semua nak bangun, maklumlah kena dera semalaman. Kena dera tu kami boleh terima, tapi tak mandi tu yang tak tahan. Orang kelantan cakap "Masam purikk" . Pukul 10 kami telah diarahkan untuk menurunkan khemah dah membersihkan tapak perkhemahan. Tepat jam 11 kami telah dikumpulkan sebelum dibawa balik ke poli. Dibawah ini ada sedikit sebanyak gambar sepanjang kami di Kem Kg Ulu Chepor.








                                            
                                                    DKM 1A TERBAIK !

Kimpalan

Kimpalan, atau lebih sedap didengar sebagai Welding. Kimpalan ialah salah satu skill dan perkara yang kami telah pelajari sepanjang bergelar pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) di politeknik kebanggaan kami, Politeknik Ungku Omar. Berbalik kepada tajuk, kimpalan ni terbahagi kepada dua iaitu kimpalan arka dan kimpalan gas. Dibawah ini kami telah sediakan sedikit sebanyak pengenalan tentang basic kimpalan. Copy je sebenarnya 

Pengenalan

Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain denganmenggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan inimelibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat diantara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan disamping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.

Terdapat dua jenis kimpalan iaitu kimpalan arka dan kimpalan gas. Kimpalan dilakukandengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalahkimpalan dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser,tembakan elektron dan ultrabunyi.Kimpalan arka dijalankan secara mengalirkan tenaga elektrik daripada elektrod ke atas logamasas dan menukarkan tenaga elektrik ini kepada tenaga haba yang tinggi. Tenaga baba inidigunakan untuk melebur logarn elektrod, logam tambahan atau logam penyambung yangakhirnya menghasilkan satu sambungan kimpal. 

Pada asasnya, banyak tenaga elektrik diperlukan untuk mencapai suhu tertentu bagi melebur logam dalam jangka masa yang pendek.


Gelagat Pelajar DKM1A sepanjang bengkel Kimpalan

Kami telah belajar dan berlatih untuk mengimpal sepanjang 4 minggu berada di bengkel kimpalan. Banyak jugak lah pahit manis yang kami lalui.

                                                           
                                                             Ni Amir Syahmi atau Mehmet



Ustaz DKM1A bersama senjata rekaan terbarunya. 


Jag Roshan, satu satunya lelaki yang bertudung dalam kelas kami.



Geng Kimpalan tunggu Geng Gas 


\
 Hero hero DKM1A


Puteri puteri DKM1A. Takpayah cakap, memang lawa pun.


Introducing, DKM 1A Sesi Jun 2013


20 Jun 2013, pada tarikh keramat inilah seramai 40 orang telah dipilih untuk menjadi ahli kelas DKM 1A bagi sesi Jun 2013. 40 orang ini terdiri daripada 34 siswa dan 6 siswi. Pada tarikh ini jugalah upacara pembahagian jawatan telah dilaksanakan. Jadi hasilnya....


WAKIL KELAS: Khairul Azri 

Seorang lelaki yang mempunyai pelbagai personaliti yang menarik.
Dia digelar dengan pelbagai nama seperti Bang Khai , Abang hensem
dan lain lain lagi.Seorang lelaki yg bergaya dan kacak digilai ramai perempuan. Mempunyai ciri ciri seorang pemimpin yang berkaliber tinggi. 


Kami hanya menyebarkan fakta yang benar.
     








PENOLONG WAKIL KELAS: Nur Hamizah

Seorang gadis jelita yg digilai ramai lelaki DKM1A.Dikenali sebagai mizah.Sama seperti Bang Khai diatas, mempunyai ciri ciri tanggungjawab dan seorang tegas.Mempunyai suara yang comel yang menusuk kalbu ibarat kata pepatah sekali dengar pasti nk dengar lagi.Walaupun  dia mempunyai suara comel tapi kalau berkawan dgn dia memamg AWESOME!!





Jumlah keseluruhan siswa dan siswi DKM1A pada awalnya ialah seramai 40 orang, tetapi angka ini telah berubah dari hari ke hari dengan penambahan dan pengurangan pelajar. Sehingga hari ini, jumlah keseluruhan pelajar DKM1A adalah seramai 39 orang. Harap-harap angka ini tidak akan berubah hingga ke semester terakhir kami. DKM1A TERBAIK !

                                                                                 
                                                                                       

Kursus Kami | Kejuruteraan Mekanikal (Am)

SEJARAH PENUBUHAN BIDANG MEKANIKAL 
Pengenalan

Dalam kursus ini anda akan mempelajari tentang daya, kuasa, mesin, material, tenaga dan sebagainya yang banyak melibatkan penggunaan pengiraan. Tidak perlu banyak menghafal tetapi hanya menghafal formula-formula sahaja. Kursus ni juga melibatkan banyak kerja praktikal yang mencabar dan memberikan pengalaman menarik.JKM mempunyai rekod cemerlang pencapaian akademik, yang jelas dari komitmen kakitangannya dalam usaha ke arah kecemerlangan pengajaran, dan oleh standard yang tinggi penyelidikan yang dijalankan di mana beberapa geran penyelidikan yang diperoleh dari dalam dan luar negara bercakap untuk diri mereka sendiri.

 Di samping menawarkan program-program akademik, jabatan ini juga mempunyai sumber (selain dari universiti) untuk membangunkan kawasan penyelidikan tertentu seperti Pemprosesan dan Integriti Bahan, Mekanik pengiraan, Tenaga Diperbaharui dan Pembuatan Termaju, semua yang membentuk tulang belakang akademik kecemerlangan dalam jabatan. Pertumbuhan akademik dan penyelidikan adalah jelas terbukti daripada rekod penerbitan, reka bentuk dan produk yang dibangunkan, dan bilangan yang semakin meningkat tuan-tuan dan graduan kedoktoran. Kurikulum kejuruteraan menyediakan asas yang kukuh dalam bidang teras kejuruteraan mekanikal dan pembuatan dalam tempoh empat tahun pengajian. Kurikulum itu telah direka sedemikian rupa bahawa semua aspek asas kejuruteraan mekanikal ditangani. Pengetahuan teori dan gunaan adalah seimbang dan pengalaman praktikal disampaikan melalui sesi makmal.

 Selain itu, memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar bekerja dalam industri, sebelum tahun akhir pengajian, adalah matlamat utama latihan Latihan Perindustrian. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami kepentingan berkaitan aspek teori dan praktikal kejuruteraan mekanikal. Ia juga dijangka akan menjadi titik permulaan bagi mereka untuk lebih menghargai, dan mengambil kebanggaan dalam, mempunyai kerjaya sebagai seorang jurutera profesional.

 Sumber : Pengajian bidang Kejuruteraan Mekanikal

Tuesday, 23 July 2013

Minggu Suai Kenal sesi Jun 2013


Program : Minggu Suai Kenal Sesi Jun 2013
Tarikh : 17-19 JUN 2013
Masa : 8.00 am - 5.00 pm
Tempat : Dewan Jubli Perak, PUO
 
Gambar-gambar aktiviti:

















 

MINGGU SUAI KENAL SESI JUN 2013 (MSK)

VIDEO KORPORAT POLITEKNIK UNGKU OMAR




Jabatan Perwakilan Pelajar PUO 2013

JPP Politeknik KPTM merupakan satu badan induk pelajar (bukan Penaung) sebagai satu landasan bagi semua pelajar menyalurkan isu-isu/maklumat peringkat bawah kepada peringkat atasan (sebaliknya) samada kepada Pengarah atau mana-mana pegawai tinggi kerajaan malah boleh menyampaikannya kepada Menteri KPTM melalui forum dan majlis yang dibenarkan/disediakan.
JPP juga mempunyai keistimewaannya tersendiri apabila pemilihan mereka dilakukan melalui proses pilihanraya kampus yang membolehkan keseluruhan pelajar melaksanakan tanggungjawab mereka membuang undi. Hanya JPP yang terpilih sahaja mendapat pengiktirafan pengurusan apabila mereka mendapat Watikah Perlantikan berbanding pengerusi kelab dan persatuan. Selain itu perihal JPP juga terkandung di dalam Jadual III (Seksyen 7, 8, 22 dan 23), Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) Pelajar 1976.
Penubuhan JPP berasaskan kepada peruntukan undang-undang yang terkandung di dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) Pelajar 1976 di dalam Seksyen 7 yang menyatakan "Sesuatu Institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga hendaklah dipakai bagi Jawatankuasa itu dengan syarat bahawa Menteri boleh, menurut budibicara mutlaknya, membuat, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, apa-apa ubahsuaian, penyesuaian, tambahan, potongan atau pindaan sebagaimana yang difikirkannya perlu dan bermenafaat kepadanya dalam pemakaiannya bagi mana-mana Institusi atau klas atau perihal Institusi tertentu"





Rumah Baru | Politeknik Premier Ungku Omar






Politeknik Ungku Omar yang terletak di Jalan Raja Musa Mahadi (dahulunya dikenali sebagai Jalan Diary), Ipoh ,negeri Perak ditubuhkan pada tahun 1969. Politeknik ini telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO. Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperolehi daripada Program Pembangunan PBB (UNDP). Politeknik ini mengambil sempena nama Allahyarham Dato’ Profesor Ungku Omar Ahmad demi mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada negara dan bangsa terutamanya dalam bidang penyelidikan perubatan.
Penekanan dan bidang pelajaran politeknik ini bercorak sains dan teknologi. Politeknik Ungku Omar ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO dan ini bertujuan untuk melatih tenaga pekerja separa profesional dan golongan pengurusan bawahan bagi menampung keperluan pembangunan negara. UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan PUO di atas tapak seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik bermula beroperasi dengan menumpang di Pusat Latihan Harian, Ipoh dengan 300 orang penuntut.Tenaga pengajarnya pada masa itu terdiri daripada 28 orang pensyarah tempatan dan dibantu oleh 14 orang sukarelawan dari Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.

SEJARAH 

Kampus Politeknik Ungku Omar terletak di kawasan Ampang, Ipoh. Pada penghujung 1973, Politeknik berpindah dari Pusat Latihan Harian ke kampus kekalnya dan telah dirasmikan pada 10 Mei 1974 oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada masa itu, Allahyarham Tun Abdul Razak b Hussein.
Kampus ini kini dikenali sebagai Kampus A setelah politeknik mengambil alih bekas kampus Maktab Perguruan Kinta dan dinamakan Kampus B pada 1990. Pada peringkat awal penubuhan, politeknik ini mempunyai empat jabatan pengajian iaitu Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik dan Perdagangan. Pada tahun 1972, diwujudkan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan dengan bantuan teknikal dan rundingan daripada JICA. Pada 1 Mac 1999, dua unit akademik dinaikkan taraf sebagai Jabatan. Unit Matematik dan Sains dijadikan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer manakala Unit Bahasa/Agama pula dijadikan Jabatan Pengajian Am. Kini, Politeknik Ungku Omar mempunyai tujuh jabatan akademik.


VISI

Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global menjelang 2015.

MISI

Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin inovasi.

MOTTO

Kekuatan Dan Keamanan Melalui Teknologi